Saturday 4 June 2011

resepi ikan patin masak lemak cili padi bersama nenas




2 ekor ikan patin dpotong sederhana besar
20-30 biji cili padi (ikut citarasa nak pedas mana)
santan pekat dari 1 biji kelapa.
3 inci kunyit hidup
1 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
1 sudu udang kering digoreng
1 helai daun kunyit dicarik
3 biji bawang putih
nenas manis (ikut suka kuantiti)

1. ikan patin yang diperam 20 minit bersama asam jawa.dibasuh. kemudian dilumur kunyit hidup yang ditumbuk bersama garam, goreng hingga keemasan.
2. cili padi , kunyit hidup , bawang putih dan udang kering ditumbuk.
3. masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. masukkan santan dan asam gelugur.
kacau dengan kerap, masak hingga gelegak.
4. masukkan daun kunyit, dan serai.
5. masukkan nenas dan ikan patin yang digoreng tadi. masukkan garam secukup rasa.
6. kacau hingga gelegak. hidangkan bersama ikan masin.

*p/s; ikan patin digoreng kerana anak-anak kecil tidak menggemari rasa ikan patin gulai, maka digoreng untuk menarik minat anak-anak. selain itu, mengurangkan risiko ikan hancur , daging ikan lebih keras jika digoreng. jika tidak goreng pun tidak mengapa.cuma jangan dikacau ikan tadi, sebaliknya disimbah kerana daging ikan patin yang lembut. selain untuk mengelakkan pecah minyak.

No comments:

Post a Comment